Umar AL-Khatab

By Aang khalifa on 02.36
KEHIDUPAN AWAL

Saidina Umar dilahirkan di Makkah. Beliau dikatakan berasal dari golongan kelas pertengahan. Beliau juga orang yang berilmu yaitu merupakan perkara yang amat jarang pada masa tersebut dan juga merupakan seorang pejuang dan perwira yang gagah dan terkenal karena kegagahannya.


MEMELUK ISLAM

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mulai menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertemu dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandang adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau merasa terharu ketika mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehingga beliau memeluk Islam pada hari itu juga.

Selepas peristiwa itu, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir.

SAIDINA UMAR DI MADINAH

Saidina umar merupakan tentara individu yang berhijrah ke Yathrib (kemudian dikenal sebagai Madinah). Dia merupakan salah seorang dari Sahabat Rasulullah s.a.w..

Pada tahun 625, anak perempuan Saidina Umar yaitu Hafsa mengahwini Nabi Muhammad s.a.w.

WAFATNYA NABI MUHAMMAD SAW.

Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 masEhi. Saidina Umar dikatakan sangat sedih dengan wafatnya Rasulullah s.a.w. sehingga beliau sanggup membunuh siapa saja yang mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau kemudian kembali tenang selepas Saidina Abu Bakar (khalifah pertama umat Islam) berucap "siapa yang menyembah Muhammad ketahuilah bahwa baginda telah wafat, tetapi siapa yang menyembah Allah s.w.t., ketahuilah bahawa Allah itu hidup dan tidak akan mati." Saidina Abu Bakar kemudian membaca beberapa keping ayat Al Quran untuk mententeramkan umat Islam.

Saidina Abu Bakar dengan sokongan Saidina Umar menjadi khalifah pertama umat Islam. Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 masihi. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.

PEMERINTAHAN SIDINA UMAR

Semasa pemerintah Saidina Umar, wilayah kerajaan Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebagian kawasan Persia dari kerajaan Persia (berjaya menguasai kerajaan Persia), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia dari kekuasaan Byzantine (Romawi Timur).Diantara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.

Pada tahun 637, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menaklukan kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis yaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudian mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian yaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak jauh dari gereja tersebut karena tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.

Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan kepemimpinan baru di kawasan yang baru ditaklukan dan melantik panglima-panglima perang yang tangguh. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.

Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.


WAFATNYA SAIDINA UMAR

Saidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba PErsia yang bernama Abu Lu'lu'ah. Abu Lu'lu'ah menikam Saidina Umar kerana menyimpan dendam terhadap Saidina Umar. Dia menikam Saidina Umar sebanyak enam kali sewaktu Saidina Umar menjadi imam di Masjid al-Nabawi, Madinah.

Saidina Umar meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. dan makam Saidina Abu Bakar. Saidina Uthman bin Affan dilantik menjadi khalifah selepas kematiannya.

sumber arikel: http://ms.wikipedia.org/wiki/Saidina_Umar_Al-Khatab

Comments

0 Response to 'Umar AL-Khatab'

Posting Komentar