Abu Bakar as-Siddiq (dalam bahasa arab: أبو بكر الصديق‎ Abū Bakr al-Siddīq) ialah khalifah pertama umat Islam dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya diberi gelar Abdul Kaabah (hamba Ka'bah) tetapi setelah menjadi muslim, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (menurut bahasa arab Bakar yang artinya unta muda) karena beliau amat gemar memelihara unta. Beliau sangat terkenal dengan gelaran As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenarnya ialah Abdullah ibni Abi Qahafah.

1.Kehidupan awal Abu Bakar as-Siddiq
Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling dekat sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W menikahi anak perempuan beliau yaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenang kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam dari tuan mereka yang kafir termasuk Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.

2.Menjadi Khalifah Pertama
Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit parah, rasulallah mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimami shalat umat islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin dibentuk untuk melantik seorang khalifah untuk memimpin umat Islam. Hasil dari perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tantangan dari beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah karana Saidina Ali merupakan menantu dan anak saudara Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan dari keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar. Tantangan itu berakhir selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar setelah enam bulan.

3.Peperangan Islam - Riddah
Masalah mulai timbul ketika Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak orang-orang Arab memberontak dan menentang khalifah. Setengah dari mereka enggan membayar zakat  ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Orang-orang ini mendakwa bahwa mereka hanya menuruti perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikuti ajaran Islam dan mereka telah bebas.
Saidina Abu Bakar menegaskan bahwa mereka bukan saja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim. Ada diantara mereka mendakwa bahwa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.

4.Ekpedisi ke utara
Setelah berjaya menundukan golongan riddah, Syaidina Abu Bakar mulai mengutus panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Romawi Timur) dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walid berjaya menduduki Iraq dalam hanya satu pasukan ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria. Menurut seorang orientalis Barat, pasukan Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan dari Perang Riddah. Hal ini jelas salah dari pandangan kebanyakan golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.

5.Pengumpulan Al-Qur'an
Menurut ahli sejarah Islam, setelah Peperangan Islam-Riddah banyak orang yang mahir menghafal al-Quran terbunuh. Saidina Umar Al-Khatab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mulai menjalankan pengumpulan semua ayat-ayat al-Quran. Saidina Uthman Affan kemudian melengkapkan pengumpulan al-Quran semasa beliau menjadi khalifah.

6.Wafatnya Saidina Abu Bakar
Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Agust 634 di Madinah yaitu dua tahun setelah menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar meminta masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.
Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.

7.Sumbangan Saidina Abu-Bakar
Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya murtad dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mulai mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam.

sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_as-Siddiq#

Comments

0 Response to 'Khalifah Abu Bakar As-syddiq'

Posting Komentar