Ali bin Abi Talib

By Aang khalifa on 19.53
Saidina Ali Abi Talib (bahasa Arab: علي بن أبي طالب‎) ialah khalifah keempat Islam dari kalangan Khulafa al-Rasyidin. Beliau juga adalah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w. setelah menikahi anak perempuan Rasulullah s.a.w. yaitu Fatimah.

KEHIDUPAN AWAL

Saidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 598. Bapak Saidina Ali, Abu Talib ialah pembesar kaum Quraisy dan juga ayah dari saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu dari Allah s.w.t., Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam.

Saidina Ali senantiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622 masehi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil resiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w. lalu berhasil mencegah suatu percubaan yang akan membunuh Rasulullah.

ALI BIN ABI TAHLIB DI MADINAH

Semasa berlakunya Perang Badar, Saidina Ali menumpaskan seorang jagoan Quraisy yaitu Walid ibni Utba di samping askar-askar Makkah yang lain. disamping itu para sahabat Rasulullah juga memainkan peranan yang penting di sisi Nabi sebagai pejuang agama Allah. Beliau menikahi Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w. Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Siti Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Saidina Ali menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. walaupun begitu para sahabat lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan pernikahan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih yang amat mereka cintai.

Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam.


KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W...

Setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 632 masehi, Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Ali hanya menerima Saidina Abu Bakar beberapa waktu selepas Saidina Abu Bakar dilantik. Hal ini masih samar-samar. Ahli Sunah Waljamaah percaya perlantikan Saidina Abu Bakar merupakan sesuatu yang tepat sekali mengikut syariat Allah dan Rasulullah. Golongan Syiah pula percaya memandangkan Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w. maka beliaulah yang seharusnya dilantik menjadi khalifah.

MENJADI KHALIFAH KE-4

Pada tahun 656 masehi, khalifah ketiga Islam yaitu Saidina Uthman bin Affan wafat kerana dibunuh oleh budak pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka atas sebab tidak puas hati dengan Saidina Uthman yang dikatakan mengamalkan nepotisme dan menggunakan harta baitul mal untuk keluarganya. Atas keputusan ahli Syura mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.


KEPEMIMPINAN ALI BIN ABI THALIB

Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah mencari pembunuh saidina Uthman mengikuti anjuran syariat Islam. dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah yaitu Ummul Mukminin Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi yaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam telah terlibat sama. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair menjadi korban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah yang mengaku sebagai pengikut Saidina Ali. Manakala Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saidina Ali. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah.

Namun ada juga yang mengatakan: Keluarnya Aisyah bersama Thalhah dan Az Zubair bin Al Awwam ke Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Thalib untuk menegakkan hukum qishash terhadap para pembunuh Utsman bin Affan. Hanya saja Ali bin Abi Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qishash tersebut. Ini semua mereka lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali bin Abi Thalib lebih mendekati kebenaran daripada mereka. (Daf'ul Kadzib 216-217)

Selepas itu, Saidina Ali melantik gubernor-gubernor baru untuk menggantikan pemimpin-pemimpin yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saidina Ali memindahkan pusat kepemimpinan Islam dari Madinah ke Kufah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula dipimpin oleh Muawiyah, Gubernor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai pemimpin pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.

Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasat berkenaan dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasati kes pembunuhan Saidina Uthman. Muawiyah kemudian menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saidina Ali menyiasati kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke pada Saidina Ali. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas.

Ada di antara para sahabat bersikap terkecuali di dalam hal ini. Diantaranya adalah Abdullah ibn Umar, Muhammad ibn Maslamah, Sa'ad ibn Abi Waqqas, Usamah ibn Zaid.

sumber artikel: http://ms.wikipedia.org/wiki/Saidina_Ali_Abi_Talib

Comments

0 Response to 'Ali bin Abi Talib'

Posting Komentar