Tampilkan postingan dengan label Sahabat Rasulullah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Sahabat Rasulullah. Tampilkan semua postingan
KEHIDUPAN AWAL
Saidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 598. Bapak Saidina Ali, Abu Talib ialah pembesar kaum Quraisy dan juga ayah dari saudara Nabi Muhammad s.a.w.. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu dari Allah s.w.t., Saidina Ali merupakan kanak-kanak pertama yang memeluk Islam.
Saidina Ali senantiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622 masehi, semasa peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil resiko dengan tidur di katil Rasulullah s.a.w. lalu berhasil mencegah suatu percubaan yang akan membunuh Rasulullah.
ALI BIN ABI TAHLIB DI MADINAH
Semasa berlakunya Perang Badar, Saidina Ali menumpaskan seorang jagoan Quraisy yaitu Walid ibni Utba di samping askar-askar Makkah yang lain. disamping itu para sahabat Rasulullah juga memainkan peranan yang penting di sisi Nabi sebagai pejuang agama Allah. Beliau menikahi Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah s.a.w. Ketika itu beliau berumur 25 tahun dan Siti Fatimah berumur 18 tahun. Kerana kemiskinannya Saidina Ali menjual baju besi perangnya untuk dijadikan mahar. walaupun begitu para sahabat lain seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Usman dan Saidina Abdul Rahman bin Auf berbesar hati mengeluarkan perbelanjaan pernikahan kedua pengantin itu demi memuliakan Rasulullah SAW, kekasih yang amat mereka cintai.
Sepanjang sepuluh tahun Nabi Muhammad s.a.w. mengetuai penduduk Madinah, Saidina Ali senantiasa menolong dan membantu baginda demi kemajuan umat Islam.
KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W...
Setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 632 masehi, Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah pertama umat Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Ali hanya menerima Saidina Abu Bakar beberapa waktu selepas Saidina Abu Bakar dilantik. Hal ini masih samar-samar. Ahli Sunah Waljamaah percaya perlantikan Saidina Abu Bakar merupakan sesuatu yang tepat sekali mengikut syariat Allah dan Rasulullah. Golongan Syiah pula percaya memandangkan Saidina Ali merupakan menantu dan sepupu kepada Rasulullah s.a.w. maka beliaulah yang seharusnya dilantik menjadi khalifah.
MENJADI KHALIFAH KE-4
Pada tahun 656 masehi, khalifah ketiga Islam yaitu Saidina Uthman bin Affan wafat kerana dibunuh oleh budak pemberontak di dalam rumahnya sendiri. Pemberontakan mereka atas sebab tidak puas hati dengan Saidina Uthman yang dikatakan mengamalkan nepotisme dan menggunakan harta baitul mal untuk keluarganya. Atas keputusan ahli Syura mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.
KEPEMIMPINAN ALI BIN ABI THALIB
Perkara pertama beliau lakukan selepas dilantik menjadi khalifah ialah mencari pembunuh saidina Uthman mengikuti anjuran syariat Islam. dengan menghapuskan pemberontakan yang hendak dibuat oleh golongan Rafidhah yang menghasut para sahabat. Isteri Rasulullah yaitu Ummul Mukminin Aisyah, dan dua orang sahabat Nabi yaitu Talhah ibn Ubaidillah dan Zubair ibn Awwam telah terlibat sama. Pemberontakan itu berjaya ditumpaskan oleh Saidina Ali dalam Perang Jamal (juga dikenali sebagai Perang Unta). Dalam peperangan ini, Talhah dan Zubair menjadi korban akibat dibunuh oleh golongan Rafidhah yang mengaku sebagai pengikut Saidina Ali. Manakala Aisyah dikembalikan ke Madinah oleh Saidina Ali. Beliau menjalankan satu misi dengan mengarahkan 100 orang wanita menyamar lelaki dan menutup muka, lalu menarik unta Ummul Mukminin Aisyah kembali ke Madinah.
Namun ada juga yang mengatakan: Keluarnya Aisyah bersama Thalhah dan Az Zubair bin Al Awwam ke Bashrah dalam rangka mempersatukan kekuatan mereka bersama Ali bin Abi Thalib untuk menegakkan hukum qishash terhadap para pembunuh Utsman bin Affan. Hanya saja Ali bin Abi Thalib meminta penundaan untuk menunaikan permintaan qishash tersebut. Ini semua mereka lakukan berdasarkan ijtihad walaupun Ali bin Abi Thalib lebih mendekati kebenaran daripada mereka. (Daf'ul Kadzib 216-217)
Selepas itu, Saidina Ali melantik gubernor-gubernor baru untuk menggantikan pemimpin-pemimpin yang dilantik oleh Saidina Uthman. Saidina Ali memindahkan pusat kepemimpinan Islam dari Madinah ke Kufah, Iraq. Kota Damsyik, Syria pula dipimpin oleh Muawiyah, Gubernor Syria dan saudara Saidina Uthman. Muawiyah telah dilantik sebagai pemimpin pada masa pemerintahan Saidina Umar lagi.
Muawiyah, yang menyimpan cita-cita politik yang besar, berpendapat bahawa siasat berkenaan dengan pembunuhan Saidina Uthman adalah merupakan keutamaan bagi negara ketika itu dan beliau ingin mengetahui siapakah pembunuh Saidina Uthman dan pembunuh tersebut mestilah dihukum qisas. Bagi Saidina Ali, beliau berpendapat keadaan dalam negara hendaklah diamankan terlebih dahulu dengan seluruh penduduk berbaiah kepadanya sebelum beliau menyiasati kes pembunuhan Saidina Uthman. Muawiyah kemudian menyatakan rasa kesal dengan kelambatan Saidina Ali menyiasati kematian Saidina Uthman, lalu melancarkan serangan ke pada Saidina Ali. Akhirnya terjadilah Perang Siffin di antara Muawiyah dan Saidina Ali. Di dalam peperangan ini antara para sahabat yang terlibat adalah Amru Al-Ash, Ammar ibn Yasir, Abdullah ibn Amru Al Ash, Abdullah ibn Abbas.
Ada di antara para sahabat bersikap terkecuali di dalam hal ini. Diantaranya adalah Abdullah ibn Umar, Muhammad ibn Maslamah, Sa'ad ibn Abi Waqqas, Usamah ibn Zaid.
sumber artikel: http://ms.wikipedia.org/wiki/Saidina_Ali_Abi_Talib
Uthman bin Affan (Arab: عثمان بن عفان) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku perselisihan dikalangan umat Islam mengenai cara bacaan Al-Quran. Disebabkan oleh itu Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan Al-Quran dari Hafsa. Selepas itu Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai Mushaf Uthman. Salinan Mushaf Uthman tersebut dikirim keseluruh pusat jajahan untuk menggantikan salinan-salinan yang lain.
Saidina Uthman dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraish yang kaya di Makkah beberapa tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.. Dia ialah salah seorang dari orang yang pertama kali memeluk Islam dan amat dikenali karena sifat dermawannya kepada orang yang susah. Beliau juga berhijrah ke Habshah dan kemudian berhijrah dari Makkah ke Madinah.
PERKEMBANGAN ISLAM PADA MASA PEMRINTAHAN UTHMAN BIN AFFAN
Saidina Uthman menjadi khalifah setelah Saidina Umar Al-Khatab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun yaitu dari tahun 644 sampai tahun 656. Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebagian dari Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebagian dari kerajaan Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Umar melantik saudaranya sebagai pemimpin kawasan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya dianggap aman tetapi enam tahun terakhir keadaan dianggap huru-hara. Beliau juga berjaya menghabiskan usaha pengumpulan Al Quran yang dimulakan oleh Saidina Abu Bakar (khalifah pertama Islam).
PANDANGAN AHLI SUNAH MENGENAI SAIDINA UTHMAN
Menurut pandangan ahli Sunah Waljamaah, dia menikahi dua orang puteri Rasulullah s.a.w. dalam masa yang berbeda. Saidina Uthman Radhiallahu An'hu juga telah dijanjikan syurga.
PANDANGAN SYIAH MENGENAI SAIDINA UTHMAN
Golongan Syiah percaya bahwa Saidina Ali Abi Talib yang sepatutnya menjadi khalifah memandangkan beliau ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w.. Mereka percaya bahawa Saidina Uthman tamak dan mementingkan saudara sendiri dalam melantik pemimpin di kawasan baru Islam.
sumber artikel: http://ms.wikipedia.org/wiki/Saidina_Uthman_Affan
Saidina Umar dilahirkan di Makkah. Beliau dikatakan berasal dari golongan kelas pertengahan. Beliau juga orang yang berilmu yaitu merupakan perkara yang amat jarang pada masa tersebut dan juga merupakan seorang pejuang dan perwira yang gagah dan terkenal karena kegagahannya.
MEMELUK ISLAM
Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mulai menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.
Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertemu dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandang adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau merasa terharu ketika mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehingga beliau memeluk Islam pada hari itu juga.
Selepas peristiwa itu, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir.
SAIDINA UMAR DI MADINAH
Saidina umar merupakan tentara individu yang berhijrah ke Yathrib (kemudian dikenal sebagai Madinah). Dia merupakan salah seorang dari Sahabat Rasulullah s.a.w..
Pada tahun 625, anak perempuan Saidina Umar yaitu Hafsa mengahwini Nabi Muhammad s.a.w.
WAFATNYA NABI MUHAMMAD SAW.
Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 masEhi. Saidina Umar dikatakan sangat sedih dengan wafatnya Rasulullah s.a.w. sehingga beliau sanggup membunuh siapa saja yang mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau kemudian kembali tenang selepas Saidina Abu Bakar (khalifah pertama umat Islam) berucap "siapa yang menyembah Muhammad ketahuilah bahwa baginda telah wafat, tetapi siapa yang menyembah Allah s.w.t., ketahuilah bahawa Allah itu hidup dan tidak akan mati." Saidina Abu Bakar kemudian membaca beberapa keping ayat Al Quran untuk mententeramkan umat Islam.
Saidina Abu Bakar dengan sokongan Saidina Umar menjadi khalifah pertama umat Islam. Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 masihi. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.
PEMERINTAHAN SIDINA UMAR
Semasa pemerintah Saidina Umar, wilayah kerajaan Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebagian kawasan Persia dari kerajaan Persia (berjaya menguasai kerajaan Persia), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia dari kekuasaan Byzantine (Romawi Timur).Diantara pertempuran ini menunjukkan ketangkasan tentera Islam seperti Perang Yarmuk yang menyaksikan tentera Islam yang berjumlah 40,000 orang menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120,000 orang. Hal ini mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil.
Pada tahun 637, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menaklukan kota tersebut. Paderi besar Baitulmuqaddis yaitu Sophronius menyerahkan kunci kota itu kepada Saidina Umar. Beliau kemudian mengajak Saidina Umar supaya bersembahyang di dalam gereja besar Kristian yaitu gereja Church of the Holy Sepulchre. Saidina Umar menolak dan sebaliknya menunaikan solat tidak jauh dari gereja tersebut karena tidak ingin mencemarkan status gereja tersebut sebagai pusat keagamaan Kristian. 50 tahun kemudian, sebuah masjid yang digelar Masjid Umar dibina di tempat Saidina Umar menunaikan solat.
Saidina Umar banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan kepemimpinan baru di kawasan yang baru ditaklukan dan melantik panglima-panglima perang yang tangguh. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.
Saidina Umar juga amat dikenali kerana kehidupannya yang sederhana.
WAFATNYA SAIDINA UMAR
Saidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba PErsia yang bernama Abu Lu'lu'ah. Abu Lu'lu'ah menikam Saidina Umar kerana menyimpan dendam terhadap Saidina Umar. Dia menikam Saidina Umar sebanyak enam kali sewaktu Saidina Umar menjadi imam di Masjid al-Nabawi, Madinah.
Saidina Umar meninggal dunia dua hari kemudian dan dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. dan makam Saidina Abu Bakar. Saidina Uthman bin Affan dilantik menjadi khalifah selepas kematiannya.
sumber arikel: http://ms.wikipedia.org/wiki/Saidina_Umar_Al-Khatab
1.Kehidupan awal Abu Bakar as-Siddiq
Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang paling dekat sekali. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain. Rasulullah S.A.W menikahi anak perempuan beliau yaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga dikenang kerana jasanya membebaskan beberapa hamba yang beragama Islam dari tuan mereka yang kafir termasuk Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam. Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.
2.Menjadi Khalifah Pertama
Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit parah, rasulallah mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimami shalat umat islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin dibentuk untuk melantik seorang khalifah untuk memimpin umat Islam. Hasil dari perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tantangan dari beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah karana Saidina Ali merupakan menantu dan anak saudara Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang merupakan golongan dari keluarga Bani Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar. Tantangan itu berakhir selepas Saidina Ali Abi Talib membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya membaihkan Saidina Abu Bakar setelah enam bulan.
3.Peperangan Islam - Riddah
Masalah mulai timbul ketika Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan keamanan kerajaan Islam. Banyak orang-orang Arab memberontak dan menentang khalifah. Setengah dari mereka enggan membayar zakat ada pula yang kembali kepada menyembah berhala dan mengikut tradisi lama mereka. Orang-orang ini mendakwa bahwa mereka hanya menuruti perintah Rasulullah s.a.w. dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka mereka tidak perlu lagi mengikuti ajaran Islam dan mereka telah bebas.
Saidina Abu Bakar menegaskan bahwa mereka bukan saja menyatakan taat sembah kepada seorang pemimpin malah mereka kini tergolong dalam golongan Muslim. Ada diantara mereka mendakwa bahwa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah. Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah Musailamah al-Kazzab. Khalid Al-Walid berjaya menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.
4.Ekpedisi ke utara
Setelah berjaya menundukan golongan riddah, Syaidina Abu Bakar mulai mengutus panglima-panglima perang Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Romawi Timur) dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walid berjaya menduduki Iraq dalam hanya satu pasukan ketenteraan. Beliau juga menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria. Menurut seorang orientalis Barat, pasukan Saidina Abu Bakar hanyalah sebuah lanjutan dari Perang Riddah. Hal ini jelas salah dari pandangan kebanyakan golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan bukannya di utara.
5.Pengumpulan Al-Qur'an
Menurut ahli sejarah Islam, setelah Peperangan Islam-Riddah banyak orang yang mahir menghafal al-Quran terbunuh. Saidina Umar Al-Khatab (khalifah yang berikutnya) meminta Saidina Abu Bakar untuk mulai menjalankan pengumpulan semua ayat-ayat al-Quran. Saidina Uthman Affan kemudian melengkapkan pengumpulan al-Quran semasa beliau menjadi khalifah.
6.Wafatnya Saidina Abu Bakar
Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Agust 634 di Madinah yaitu dua tahun setelah menjadi khalifah. Ada dua pendapat mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar meminta masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab sebagai khalifah yang baru.
Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di Madinah.
7.Sumbangan Saidina Abu-Bakar
Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya murtad dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi. Beliau juga mulai mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam.
sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_as-Siddiq#